Tuesday, August 16, 2011

Permohonan bekas isteri Roslin ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, menetapkan 13 Oktober depan perbicaraan tuntutan ganti rugi perkahwinan RM53,460 yang difailkan pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim terhadap bekas isteri pertamanya.
Tarikh itu ditetapkan Hakim Syarie, Abdul Walid Abu Hassan selepas menolak permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) yang difailkan Faizah Mohamad, 34, mengetepikan tuntutan ganti rugi perkahwinan mereka.

Dalam prosiding semalam, Roslin hadir ditemani penerbit filem ...Dalam Botol, Raja Azmi Raja Sulaiman, 52, dan suaminya, bekas pemain badminton kebangsaan, Jalani Sidek, 48.
Bagaimanapun, Faizah tidak hadir dan diwakili peguamnya, Mohammad Amir Nazli Hussin.

Abdul Walid berkata, mahkamah menerima ketidakhadiran peguam, Roslizam Rahim yang mewakili Roslin pada 23 dan 24 Mac lalu atas alasan yang munasabah serta berpendapat ia tidak menimbulkan prejudis terhadap defendan (Roslin) “Isu yang dibangkitkan plaintif adalah defendan tidak hadir ke mahkamah pada 23 Mac kerana uzur, walhal pada 24 Mac, dia didapati hadir pada prosiding kes membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (kes kazaf di Mahkamah Jalan Duta).

“Namun, ketidakhadiran mereka diterima atas alasan yang munasabah,” katanya.
Pada 21 Oktober 2009, Roslin mengemukakan tuntutan perbelanjaan ketika merisik antaranya cincin bernilai RM1,900, kos pengangkutan (RM200) dan barangan pertunangan (RM2,915). Bagi perbelanjaan ketika perkahwinan pula, Roslin menuntut duit hantaran dan mas kahwin (RM15,080), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11, 465), baju dan kasut pengantin perempuan (RM6,750

Cerita `Nak' - Cari Isteri

·         Nak pandai - cari isteri guru
Nak sihat - cari isteri doktor
Nak kaya - cari isteri kaya
Nak glamour - cari isteri artis
Nak gaduh - cari isteri samseng
Nak stamina - cari isteri ahli sukan
Nak sembang - cari isteri penceramah
Nak alim - cari isteri ustazah
Nak gemuk - cari isteri chef
Nak selamat - cari isteri polis
Nak stim - cari isteri seksi
Nak stylo - cari isteri kaki shopping
Nak puas - cari 2, 3 org isteri
Nak mampus - cari isteri no2 satu ofis dgn isteri tua

MENANTU VS MENTUA

Alkisah ada Seorang ibu dengan 3 menantu dari ketiga-tiga puterinya yang cantik-cantik, sang ibu mertua ingin tahu apakah ketiga menantunya itu sayang kepada mertuanya atau cuma putrinya saja.
Dia lalu memutuskan menguji mereka secara bergantian. Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu motor ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu & terlempar ke dalam air laut. Sang menantu tanpa pikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya.

Besoknya ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat mobil Nissan Livina terparkir di depan rumah, & secarik kertas bertulisan "Dari ibu mertuamu".
Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh & terlempar keluar perahu. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, langsung terjun demi menyelamatkan mertua tercinta.

Besoknya di depan rumah menantu ke-2 terparkir Toyota Alphard, disertai kertas bertuliskan "Dari ibu mertuamu"
Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air.

Sempat-sempatnya dia berkata, "Rasakan kau!", sambil berputar membawa perahunya ke darat. Besok harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terparkir Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan, "Dari ayah mertuamu

Monday, August 15, 2011

Suami berang seret isteri dalam keadaan bogel

GOMBAK: Akibat menolak ajakan berbuka puasa dengan suami, seorang wanita dibelasah suaminya selain diseret dalam keadaan bogel hingga cedera di badan dalam kejadian di Kampung Nakhoda Kanan, di sini, kelmarin.
Difahamkan, sebelum ini, pasangan terbabit sering bertengkar dan mangsa yang juga suri rumah berusia 30 tahun menjadi tempat melepas geram suaminya itu.
Sumber polis berkata, pada hari kejadian, lelaki berusia 30 tahun itu mengajak isterinya berbuka puasa, tetapi mangsa menolak pelawaannya kerana mahu berbuka di rumah kakaknya menyebabkan suaminya naik angin.

Akibatnya, mangsa dibelasah sebelum diseret dari tingkat satu rumah mereka ke tingkat bawah dalam keadaan bogel

Projek ngan bini muda depan bini muda

`MASUK BILIK LA`
AMPANG: Angkara menegur suami dan madu bermesra di depan mata, seorang wanita yang juga isteri pertama cedera dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang dengan teguran itu, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam di rumah pasangan berkenaan di Jalan Pandan Indah di sini, mangsa yang berusia 39 tahun menyapu sampah di dalam rumah apabila tiba-tiba berasa cemburu melihat kemesraan suami dan madu yang tinggal bersamanya.
Pada mulanya, mangsa tidak mempedulikan mereka berdua yang duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen, namun selepas melihat aksi menggoda madunya yang memeluk suami dan bermesra dengan lelaki itu menyebabkan mangsa menegur mereka.

Menurut sumber, mangsa meminta suami dan madunya masuk ke dalam bilik jika ingin bermesra bagi menghormati perasaannya.

“Suami mangsa yang terkejut dengan teguran itu tiba-tiba naik angin dan terus memarahi mangsa dan menyuruhnya supaya tidak campur tangan.

(Curang) Wanita lari dari suami dikurung, dipukul kekasih

KUALA LUMPUR: Gara-gara melarikan diri daripada suami dan tinggal bersama teman lelaki, seorang wanita mengandung lima bulan berasal dari Buntong, Perak mengalami nasib malang selepas dikurung dua minggu sejak awal bulan ini selain dibelasah teman lelakinya.
Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenaan tinggal bersama teman lelakinya di Taman Gembira, di sini, selama dua hari selepas melarikan diri dari rumah suaminya di Perak. Akibat dibelasah, mangsa cedera di kepala, perut, tangan dan kemaluan.

Teman lelakinya turut mengurung dan memaksa dia menceraikan suami dengan mengugut akan membunuhnya jika berdegil.
Sumber berkata, mangsa menuruti kemahuan teman lelaki itu tinggal bersama, tetapi mencari alasan keluar rumah selepas teman lelakinya memukulnya meskipun hamil ima bulan.

“Penderitaan mangsa berterusan apabila dipaksa melayani nafsu seks teman lelaki hingga alat sulit mangsa cedera dan jika menolak akan dipukul,” katanya.

Katanya, teman lelaki mangsa juga merampas semua barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit, kad pengenalan, komputer riba dan kamera digitalnya selain mengugut untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika tidak berkahwin dengannya.
“Bagaimanapun, Sabtu lalu, mangsa mendapat peluang menelefon suaminya menggunakan telefon bimbit teman lelakinya ketika lelaki berkenaan mandi dan memaklumkan kejadian malang menimpa dirinya. “Kira-kira jam 2.30 petang , mangsa diselamatkan dengan bantuan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling,” katanya

Drebar van sekolah perkosa murid dijel 15 tahun, 13 sebatan

PETALING JAYA: Tindakan seorang pemandu van sekolah yang merogol dan melakukan kelucahan melampau terhadap dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun, termasuk anak saudaranya membawa padah apabila dia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 13 kali sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Rozina Ayob terhadap tertuduh V Tiagarajan, 52, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah terhadap tiga pertuduhan dihadapi selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah van di Jalan Othman 1/12 di sini, pada 26 Julai 2010. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika disabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kelucahan melampau dan merogol seorang lagi kanak-kanak perempuan iaitu anak saudaranya di sebuah rumah di Jalan PJS 3/52 pada hari dan masa yang tidak dapat dipastikan, dua tahun lalu. Bagi kesalahan melakukan kelucahan melampau, dia didakwa mengikut Seksyen 377E yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai empat anak itu meminta agar hukuman ringan dikenakan ke atasnya dengan alasan menyesal dengan perbuatannya.

“Saya minta hukuman ringan kerana saya menyesal dengan perbuatan saya,” katanya sambil dilihat mengalirkan air mata.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Shah Rizal Abdul Manan memohon agar hakim memberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan dilakukan tertuduh mengambil kira faktor mangsa adalah kanak-kanak dan perbuatan itu sebagai perbuatan yang keji

2 penyamun perkosa pembantu rumah

KAJANG: Seorang wanita terkejut apabila dimaklumkan pembantu rumahnya dirogol bergilir-gilir dua lelaki bertopeng yang menceroboh kediaman mereka, di Bandar Mahkota Cheras, di sini, awal pagi Sabtu lalu.
Menurut sumber, wanita terbabit yang terjaga daripada tidur kira-kira jam 5 pagi selepas terdengar bunyi amahnya yang juga warga Indonesia berusia awal 30-an sedang menangis teresak-esak di dapur rumah.

Wanita berusia 51 tahun itu kemudian menanyakan punca sebenar mangsa menangis, namun pembantu rumah itu tidak menjawab dan hanya menangis.
Sebaik didesak, mangsa mengaku diperkosa dua lelaki bertopeng yang mahu menyamun rumah majikannya itu.

“Sebelum kejadian, mangsa yang sedang tidur dikejutkan bunyi salakan anjing majikannya kira-kira jam 2.30 pagi di belakang rumah dan cuba memeriksa apa yang berlaku sebelum tiba-tiba didatangi dua lelaki bertopeng yang kemudian mengacu pisau di lehernya.

“Seorang daripada suspek mengugut akan mencederakan mangsa jika membuat bising dan mengarahkannya menuruti segala kemahuan mereka,” katanya.
Menurutnya, suspek turut mengugut akan menyamun rumah majikannya itu sekiranya dia enggan memuaskan nafsu mereka berdua.

Suspek kemudian memaksa mangsa membawa mereka ke biliknya sebelum merogol mangsa.
“Mangsa hanya mampu berserah dan membiarkan dua lelaki terbabit melampiaskan nafsu mereka kerana bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku berikutan suspek bersenjata,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai merogol, suspek terus beredar meninggalkan mangsa dan rumah berkenaan tanpa mengambil barangan berharga dari rumah itu.

Majikan terbabit yang terkejut dengan kejadian itu terus membawa mangsa ke Balai Polis Kajang untuk membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu

Askar rogol wanita 7 kali sehari dipenjara

LONDON: Anggota tentera Britain yang merogol seorang wanita tujuh kali dalam masa sehari dipecat daripada perkhidmatan dan dipenjara 10 tahun, semalam.
Robert Kariuki, warga Britain kelahiran Kenya menyerang wanita berkenaan ketika mangsa berada di atas katil, menyumbat patung beruang ke dalam mulutnya, menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya buat kali pertama.

Kariuki bertindak demikian kerana cemburu selepas mengetahui mangsa tidur bersama rakannya.
Dia mengancam membunuh mangsa dan melarangnya menggunakan bilik air ketika memperkosa wanita berkenaan tujuh kali dalam tempoh beberapa jam.

Kejadian berlaku Julai tahun lalu.

Mangsa, warga Jerman, mempelawa Kariuki dan seorang rakannya ke kediamannya sebelum kejadian.
Mahkamah diberitahu, dia mengadakan seks dengan rakan Kariuki sementara lelaki itu tidur di sofa.

Tetapi apabila rakannya meninggalkan kediaman itu, Kariuki memasuki kamar mangsa dan mula merogolnya,

Mesin Basuh... (18++)

There is this couple who has a son and a small house. They lived comfortably and happily.They have this habit of informing each other when they want to have sex so that each partner will be prepared. Lately the wife's parents had been frequently visiting them and will make it a habit to stay for quite a while .. so their privacy of discussing their night activity is rather limited with so many ears around and so little space. So the husband cameup with an idea.


Husband : Sayang, bila mak bapak yang ada sini, kalau kita nak
projek,abang nanti kata, malam ni kena basuh kain tau .. jadi yang
fahamlah yang malamtu abang nak projek ...


Wife : OK-lah bang ..

So, the "basuh kain" thing worked out fine .. one day they had a
misunderstanding and they were not on speaking terms and to make things worse the in laws came for another stay. After a day or two, the husband wanted to have sex, so he called his son and said :-

Husband : Atan, pi habak kat mak hang, malam ni dia kena basuh kain And so, atan went to the mother and said:-

Atan : Mak, mak ... abah kata malam ni mak kena basuh kain.......

Wife : Pi habak kat bapak hang, mak kata WASHING MACHINE ROSAK ..

So, Atan went and told his father .. he was frustrated but he waited. The inlaws were still around and after a few days, he had the urged again, so he sent his son again with the same message...

Husband : Atan, pi habak kat mak hang, malam ni dia kena basuh kain, dah banyak dok simpan. And so atan went and came back to his father with this answer :-

Atan : Mak kata, abah hang ni tak faham ka .WASHING MACHINE DOK ROSAK LAGI

... simpanlah dulu...


Then the inlaws went back, and thinking that they already had a long fight and she also had the urge to have sex, the mother sent the son to the father :-


Wife : Atan, pi habak kat bapak hang, mak kata WASHING MACHINE DAH BAIK, malam ni boleh basuh kain ..

So, Atan went and told his father ...and he went back to his mother with his father's reply:-

Husband : Hang pi habak kat mak hang .. bapak kata tak payahlah nak basuh kain malam ni .. BAPAK DAH BASUH DENGAN TANGAN!!!!!

broken english

Seorang pemandu sedang membawa bossnye, orang putih dari Amerika .. tiba-tiba kereta di hadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyondol kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari bossnya....: 

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, brake not eat. After I check the wheel no flower again.
 (maaf Tuan, saya brek-brek, brek tak makan, selepas saya periksa tayarnya tak ada bunganya lagi) 

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta di hadapan, tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut: 

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the child fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa) 

Besoknya si pemandu tak masuk kerja. Lusa, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya: 

Boss : Why didn't you come to work? 

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. 
(maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

12 Muslim dalam gereja tampil

SHAH ALAM - Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah di sini, semalam.       

Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20an dan 40an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.

Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil ialah Pengarah Jais, Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor, Datuk Abdul Majid Omar.

Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.

Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu akan berakhir lewat petang ini.

Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.

“Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing,” kata sumber itu.

Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. - Bernama

Sembilan peluru 'singgah' rumah tauke


KULIM - Seorang peniaga tidak menyangka bunyi letupan yang didengarnya beberapa kali ketika sedang tidur adalah bunyi tembakan yang dilepaskan ke arah kereta dan rumahnya.

Tan Foo Onn, 54, berkata, bunyi itu didengarinya pada kira-kira jam 2.40 pagi, semalam.

Dia yang tinggal di Taman Penaga mengakui hanya menyedari bunyi itu adalah bunyi tembakan selepas melihat satu kesan tembakan mengenai pintu kayu rumah, dua kesan pada nombor rumah, dua lagi peluru mengenai pintu kaca, manakala empat kesan peluru mengenai belakang kereta mangsa.

“Sebelum ini saya tidak pernah berhutang atau bermusuhan dengan sesiapa. Saya harap polis dapat menyiasat kes ini dengan seberapa segera,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini polis masih menyiasat motif kejadian.

Dari siasatan awal dijalankan mendapati, sembilan peluru ditemui di tempat kejadian dan ia dipercayai ditembak dari dua senjata berasingan kerana terdapat dua jenis peluru ditemui.
“Saya berpendapat kes ini tidak bermotifkan bunuh atau culik kerana sekiranya penjenayah terlibat mahu melakukan jenayah sedemikian, mereka tidak akan melepaskan tembakan rambang ke arah rumah atau kenderaan mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih menyiasat kes ini dan meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil memberikan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran. Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya

AYANG VS ABANG SAPE YANG BETUL SAPE YANG SALAH...!!!!


Memula skali ayang anto kat abang?


Dear abang,  
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar
ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni
dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada
perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga
mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari
ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3
bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari
ayang, nak tau ngape?


Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin
dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?


Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah


Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday
setahun sekali pun susah..


Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi
salon setahun sekali pun susah...


Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang
tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun
ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata
ayang mengada-ngada.


Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh
longkang besar boleh abang gelak


Paling menyedihkan... ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut
orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??


Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang
calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama
sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..


ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR


Love,
ayang


   

 
 ni abang lak bagi....  
 
Dear Ayang,  
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang
suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan
nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja
umah...
 
 Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta... abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi
keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr
jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat
depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang
x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa
abang..  
 
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas
umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi
serupa jek...hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang
x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang
wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekap mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas setiap kali ayang mekap abang terbayang
lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi
cukur wat per.. walau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa
nak cukur kening ayang tu....pasal morning kiss tu, ayang bangun pun dah
tengahari nak morning kiss cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

 
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma
jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nanti
jgn lupa bwk balik skit..

 
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti
abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti
bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
 
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi  piza jepun lak lagi haru.. baik
jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang
lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh
kepala dulu yang masuk longkang...dah laa rambut ayang masa tu baru lepas
rebonding.. mmg abang
ketawa...hahahhahahahahha

 
Love,

Abang

Sunday, August 14, 2011

Hukum isteri tinggalkan suami

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan warga SIM,
solan pertama yang harus ditanyakan kepada pengirim email yang bertanya solan ini ialah, "kenapa dan atas alasan apa isteri tersebut meninggalkan suaminya?"
Tentu ada alasan kenapa dan mengapa isteri ini meninggalkan suaminya dan sebab atau alasan ini yang akan menjadi penentu hukum perbuatan tersebut samada HARUS (permissible) ataupun HARAM (forbidden).

Saya baru saja mendapat satu kes isteri meninggalkan suaminya dan alasan yang diberikan ialah suami tersebut terlalu mementingkan ibubapa suami. Menurut suami yang mengadu kepada saya, isterinya yang telah dinikahi selama 3 tahun mengajak dia berpindah ke rumah lain kerana tidak mahu tinggal bersama dengan ibubapa dan adik perempuan suaminya. Ibubapa suami dan adik ipar tinggal di tingkat bawah, manakala si suami dan isteri serta seorang anak angkat pula tinggal di tingkat atas.

Suami ini memberitahu saya, dia amat sayangkan isterinya, tetapi tidak sampai hati hendak meninggalkan kedua ibubapa yang sudah uzur. Ibunya pula baru saja diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkannya lumpuh sebelah badan. Kata lelaki ini, "Adik perempuan saya memang sanggup menjaga ibubapa saya Dr, tapi saya sebagai anak lelaki merasakan ini tanggungjawab saya. Berapa lama lah ibubapa saya nak hidup lagi Dr. mereka dah tua, inilah masanya untuk saya membalas jasa mereka."

Isterinya memberikan kata dua kepada si suami, "pilih saya atau emak ayah awak.Selagi awak tidak mahu berpindah rumah, saya akan keluar daripada ni dan cuma akan bawa anak bersama saya."

Terkejut saya mendengar seorang isteri yang tergamak memberikan kata dua kepada seorang suami yang hanya ingin berbakti kepada ibubapa yang telah uzur. Dan menurut lelaki ini, selepas itu isterinya terus keluar dari rumah sehingga sekarang. Kini sudah dua bulan mereka tinggal berasingan, si isteri tinggal dengan seorang rakannya yang masih bujang dan suaminya terus bersama ibubapa dan menjaga anak angkat mereka berusia 2 tahun. Lebih mengharukan hati saya, kata suami ini, "Saya rasa isteri saya bukan keluar sebab ibubapa saya Dr, tapi mungkin sebab dia dah ada orang lain. Dia cantik Dr, ada potongan sedangkan saya pulak berbadan besar. dua bulan dia ke Singapura, katanya atas urusan kerja, tetapi bila saya tanya dengan siapa dia pergi dan di mana dia tinggal, dia terus naik angin dan marah-marah."

Bagi saya, seorang perempuan yang keluar daripada rumah atas alasan suaminya terlalu mementingkan ibubapa adalah haram dan berdosa besar. Isteri ini sudah dikira sebagai NUSYUZ. Tidak terfikirkah kita bahawa satu hari nanti kita juga akan tua, dan kita juga akan mengharapkan anak-anak untuk menjaga kita? Dan sedar atau tidak, tugas seorang anak lelaki itu tidak terhenti apabila dia bernikah.Selagi ibubapanya masih bernafas, dia wajib menjaga kedua ibubapanya.

Saya betul2 hairan kenapa hari ini terlalu ramai wanita yang berfikir bahawa suami itu hak milik mereka? Hingga ada yang sanggup melarang suami berbakti kepada ibubapanya. Bukan setakat melarang memberikan duit ringgit kepada ibubapa suami, tetapi ke tahap melarang suami menjaga ibubapanya yang uzur. dan paling teruk sanggup meninggalkan suami kerana tidak bersetuju dengan tindakan suami tinggal serumah dengan ibubapa yang uzur. MasyaAllah...apa yg dah jadi dengan wanita Islam hari ini?

Kata suami ini lagi, "isteri saya cakap, kalau mahkamah menyuruh dia balik ke pangkuan suami pun dia tetap tidak akan kembali. Dia hanya akan bersama dengan suami jika suami itu pindah dari rumah ibubapanya." Wahai wanita, anda mungkin boleh berbangga dengan sikap kers kepala anda itu, anda rasa hebat dapat memberikan kata dua kepada suami tetapi sedarlah anda sedang melakukan satu dosa besar sebenarnya.

Adakah pernikahan ini hanya untuk mengecapi kesenangan bersama suami isteri sahaja? apakah kita tidak perlu bersama suami atau isteri di waktu dia susah dan memerlukan kita? Si suami bukannya meminta isteri tolong jagakan ibubapanya, cuma minta tinggal bersama dengan ibubapa yg sedang uzur.

Wahai ibubapa, tolonglah didik anak-anak perempuan kita dengan baik. Ajarlah mereka menghormati suami selagi suami tidak melakukan maksiat atau tidak menyuruh isteri membuat maksiat. Ajarlah anak-anak perempuan kita menyayangi ibubapa suami seperti menyayangi ibubapa sendiri. Didiklah anak-anak perempuan supaya mereka faham bahawa tugas seorang suami bukan hanya untuk isteri dan anak-anaknya, tetapi juga untuk ibubapanya selagi mereka masih bernafas.

Berbalik kepada soalan yang diajukan tentang hukum seorang isteri meninggalkan suaminya, lihatlah kepada sebab kenapa isteri tersebut meninggalkan suami. Kalau kerana terpaksa bekerja jauh dan mendapat izin suami, itu tidak menjadi masalah sebenarnya.

Dan kepada para suami, nasihat saya kalau anda ditinggalkan oleh seorang isteri tanpa sebab yang munasabah, nasihatilah dia. Jika tidak makan nasihat, minta orang lain menasihati isteri anda. Tapi jika tetap keras kepala, selesaikan saja di mahkamah. Lepaskannya dengan cara baik, tapi untuk isteri yang nusyuz ini tidak ada sebarang tuntutan yang boleh dibuat. Si suami tidak perlu bayar apa-apa nafkah pun kepada si isteri. Jangan digantung tidak bertali, kerana saya bimbang kalau-kalau 'menggantung isteri tidak bertali' ini akan membuat isteri tadi melakukan dosa yang lebih besar.

Pesan seorang ustaz saya, hidup berumah tangga hanya ada dua pilihan, "hiduplah bersama dengan baik, atau lepaskan dengan baik."

Wassalam
Dr fauziah

Anjing Makan Kemaluan Lelaki

Louisiana, PelitaOnline—CODY Melancon mengajukan tuntutan hukum terhadap polis Gretna, di Louisiana, Amerika Syarikat (AS). Dia menyatakan polis telah melanggar hak sivilnya ketika mereka melepaskan seekor anjing polis kepada dirinya tanpa alasan.

Menurut pengacara Melancon, Roger Kitchens, serangan anjing K-9, bernama Zin, itu mengakibatkan 66 peratus kemaluan kliennya terluka parah.

Melancon bahkan mengatakan serangan itu telah membuat dia mengalami disfungsi seks. Sebab itu, dia menuntut 31 juta dolar atas segala kerugian yang dia alami.

“Saya sangat terkejut. Saya tidak boleh melakukan apa pun kerana ini sangat sakit,” kata Melancon, seperti dikutip WDSU News, Khamis (11/8).

Sebelumnya, petugas polis Gretna, Roland Kindell dan Joseph Mekdessie, diberi tugas dengan surat perintah untuk menangkap Melancon di apartmentnya, atas tuduhan pencurian dan pemukulan.

Tunangan Melancon, Ashley Braxton, bersama dua anak mereka berada di apartment saat penangkapan terjadi. Menurut laporan polis, Braxton berbohong kepada polis dan mengatakan Melancon tidak ada di apartment.

Lalu Mekdessie mendapati ada gerakan di belakang apartment dan lantas melepas Zin, anjing K-9 itu. Melancon diduga lari ke belakang apartment. Dan Zin pun menyerang Melacon. Kebetulan, gigitan anjing itu jauh lebih buruk daripada gonggongannya.

Melacon pun segera dilarikan ke hospital. Duapertiga kemaluannya dibedah untuk disatukan kembali. Kemudian, dia dibawa ke LP Jefferson Parish kerana beberapa tuduhan, termasuk melawan petugas polis.

Kitchens mengklaim laporan polisi itu tidak benar. Apartment kliennya tidak memiliki pintu belakang atau jendela.

Melancon sendiri mengatakan, petugas polisi tidak meminta Zin berhenti, tapi malah menarik anjing itu, sehingga anjing itu mengambil gigitan lebih besar dari kemaluannya.

"Saya tidak boleh ereksi sekarang. Saya 25 tahun,” ujarnya sedih.

Melancon kini mencari keadilan, dan tentu saja fungsi seksnya yang hilang.

Bahaya Seks Usia Muda




Sedarkah anda dalam tempoh sesingkat empat minit nyawa seseorang wanita di rantau Asia Pasifik melayang? Semuanya bahana kanser pangkal rahim yang meragut sejumlah 500,00 nyawa di seluruh dunia setiap tahun. Dalam konteks Asia , sekurang-kurangnya 266,000 disahkan menghidap kanser ini setiap tahun dengan 143, 000 kematian. Di negara-negara membangun, hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup. Realitinya pakar-pakar perubatan juga tidak seratus-peratusnya pasti terhadap punca sesuatu penyakit. Keadaan itu merupakan kenyataan yang memeritkan.

Di Malaysia, 10.5 peratus wanita meninggal dunia akibat kanser ini dan 80 peratus pesakit dikesan pada tahap akhir.

Kebanyakan kes kanser pangkal rahim disebabkan sejenis virus yang dikenali sebagai Human Papilloma Virus (HPV). Ia disebarkan melalui hubungan seks. Virus itu akan menyerang sel-sel pada rahim sebelum menyebabkan perubahan pada sel-sel selular dan menjadi berbahaya.

HPV ialah satu kumpulan virus yang terdiri daripada lebih 100 virus saling berhubung kait. Ia juga dipanggil papillomaviruses kerana sesetengah daripada jenis virus itu boleh mengakibatkan ketumbuhan atau papiloma yang tidak berbahaya. Misalnya, virus yang menyebabkan kutil biasa di tangan dan kaki.

Namun, ia akan menjadi berbahaya apabila ketumbuhan berlaku di bahagian tengkorak atau genital (organ pembiakan).

Sekiranya dirawat jangkitan HPV akan hilang begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan penyakit yang berisiko meragut nyawa.

Tetapi pendedahan lama tanpa merujuk kepada doktor akan menyebabkan perubahan dalam sel. Inilah yang meningkatkan risiko wanita terdedah kepada kanser pangkal rahim.

Menjelaskan tentang kanser pangkal rahim, Pakar Runding Obstetrisian dan Ginekologi Pusat Perubatan Pakar Pantai Klang, Selangor, Dr. S. Jeevaretanam berkata, mereka yang sering bertukar pasangan seks berisiko dijangkiti HPV.

Selain itu, mereka yang melakukan hubungan seks seawal usia 16 tahun turut berisiko.

"Wanita yang mempunyai tabiat merokok, melakukan hubungan seks dengan lelaki yang sering bertukar pasangan, penggunaan kontraseptif oral dalam jangka masa yang lama dan obesiti antara berisiko dijangkiti HPV. Bagaimanapun, terdapat vaksin untuk mencegah jangkitan virus tersebut yang sekali gus mencegah serangan kanser pangkal rahim.

Ia juga dapat mencegah lebih daripada 70 peratus jangkitan virus dan kanser itu," tambahnya.

Dalam pada itu, timbul juga isu sama ada pemberian vaksin HPV secara percuma untuk pelajar berumur 13 tahun menggalakkan seks usia muda.

Kementerian Kesihatan dan badan bukan kerajaan berusaha memberi kesedaran kepada rakyat tentang kanser ini.

Vaksin HPV sebenarnya mampu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun sebagai pencegahan awal.

Selain mengambil vaksin yang sesuai untuk mencegah jangkitan virus HPV, pemeriksaan Pap Smear juga digalakkan supaya langkah pencegahan diambil lebih awal. Dr. S. Jeevaretanam menjelaskan, pemeriksaan Pap Smear adalah kaedah mudah melihat sebarang perubahan pada sel-sel yang dalam pangkal rahim.

"Semua wanita digalakkan melakukan ujian Pap Smear diikuti pemeriksaan pelvik. Ujian tersebut perlu dibuat dalam tempoh masa tiga tahun setelah mempunyai hubungan seksual ataupun sudah pun berusia 21 tahun.

Ujian seperti itu merupakan perlindungan terbaik bagi menghalang wujudnya virus yang mengakibatkan kanser untuk jangka masa panjang," tambahnya.

Oleh : Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah

Sembunyi kasut bawah tilam

ARAU – Bagi mengelak ditahan penguat kuasa, sepasang penjawat awam berusia lingkungan 20-an sanggup menggunakan pelbagai taktik dan helah termasuk menyembunyikan pakaian dan kasut di bawah tilam.

Namun, taktik itu tidak berhasil dan dapat dihidu penguat kuasa yang menjalankan operasi bersepadu maksiat di bulan puasa, apabila mereka ditahan di sebuah hotel murah di Arau, malam semalam.

Pengerusi Portfolio Kacau Ganggu dan Halangan Majlis Perbandaran Kangar (MPK), Chan Poo Pee berkata, apabila pintu bilik yang didiami pasangan itu diketuk hampir sepuluh minit, seorang remaja perempuan yang dalam ketakutan membuka pintu.

Namun, teman lelakinya yang dipercayai berasal dari Kedah dan bekerja di Pulau Pinang itu cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam bilik air tanpa memakai baju.

“Hasil pemeriksaan, kita menjumpai sepasang kasut milik lelaki itu yang disembunyikan bawah tilam manakala pakaiannya sudah disimpan dalam almari.

“Ketika disoal, remaja perempuan itu memberikan alasan datang ke bilik murah berkenaan untuk menemani pasangannya menyalin pakaian.

“Kita mengambil tindakan menahan pasangan penjawat awam itu kira-kira jam 11 malam selepas didapati berdua-duaan dalam sebuah bilik hotel,” katanya kepada selepas menjalankan operasi bersepadu maksiat Ramadan oleh Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), polis dan Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Poo Pee berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat Agama Islam Perlis untuk tindakan lanjut.

Dalam operasi yang mensasarkan hotel-hotel murah, pusat karaoke, pusat urut refleksologi di sekitar Arau dan Kangar itu, AADK turut menjalankan ujian saringan air kencing terhadap 19 remaja termasuk tiga wanita yang mengunjungi pusat karaoke.

Bagaimanapun, tiada yang ditahan selepas ujian berkenaan.

Dalam operasi itu Poo Pee berkata, MPK turut mengeluarkan tiga saman kepada pemilik premis hiburan yang beroperasi melebihi masa dan lesen premis tamat tempoh.

Buruh culik gadis kerana tolak cinta

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana kecewa cintanya ditolak pelajar tingkatan tiga, seorang buruh berusia 22 tahun dengan bantuan dua rakannya, termasuk pelajar tingkatan lima, bertindak nekad menculik gadis itu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa berusia 15 tahun yang belajar di sekolah menengah di Besut pergi berseorangan ke kedai runcit dekat rumahnya di Jalan Alor Peroi, Kuala Besut, untuk membeli barang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika dalam berjalan pulang ke rumah, mangsa tiba-tiba didatangi sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak dinaiki suspek bersama dua rakannya sebelum suspek menarik mangsa masuk ke kenderaan.
Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun yang berada di depan rumah ternampak kejadian itu dan mendengar jeritan anaknya, lalu cuba mengejar kenderaan tetapi gagal.

“Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, jam 9.45 malam, dan hasil maklumat penduduk kampung, polis berjaya menjejaki kenderaan suspek.

“Polis kemudian ke rumah keluarga suspek berusia 17 tahun di Kampung Bharu Pengkalan Nangka, Kuala Besut dan menahan pelajar tingkatan lima itu bersama suspek berusia 25 tahun yang juga sepupunya. Bagaimanapun, suspek utama dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan, masih diburu polis,” kata Kamaruddin, semalam.
Polis kemudian menemui mangsa yang disembunyikan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Manok kira-kira jam 2.30 pagi dalam keadaan selamat dan menghantarnya ke Hospital Besut.

“Siasatan kita mendapati, mangsa mengenali suspek utama, namun tidak mengenali dua suspek yang ditahan. Mangsa memberitahu, suspek beberapa kali menyuarakan hasrat menjadikannya teman istimewa, tetapi tidak dilayan kerana masih bersekolah,” katanya.
Katanya, polis turut merampas kereta Perodua Kancil digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dua suspek berkenaan ditahan reman empat hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Ibu terkejut anak 14 tahun hamil

KENINGAU: Seorang ibu yang curiga melihat anak gadisnya berusia 14 tahun gemar memakan benda masam selain perubahan saiz tubuhnya hampir pitam apabila dimaklumkan anaknya disahkan mengandung dua bulan selepas pemeriksaan di klinik kesihatan, di sini, kelmarin.
Lebih mengejutkan, gadis terbabit mendakwa kandungannya adalah hasil benih bapa tiri, yang juga suami ibunya.

Difahamkan, remaja terbabit menjadi mangsa rogol lelaki terbabit setiap kali ibu dan kakaknya tiada di rumah kerana keluar bekerja.
Difahamkan, ibu mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku berikutan perubahan tubuh mangsa, terutama perutnya yang semakin membesar, selain gemar memakan asam.

Curiga dengan perubahan itu, ibu mangsa membawa anaknya menjalani pemeriksaan di klinik dan doktor mengesahkan gadis terbabit berbadan dua.

Terkejut dengan perkara itu, ibu mangsa mendesak anaknya menceritakan apa berlaku sebelum mangsa mengaku dirogol bapa tirinya sebanyak dua kali pada Jun dan Julai lalu.
Mangsa juga mendakwa diugut supaya merahsiakan kejadian itu daripada ahli keluarga lain.

Ibu mangsa yang berang kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, kejadian dipercayai berlaku di rumah mangsa di Kampung Kepayan Lama, Jalan Apin-Apin, sekitar Jun lalu.

“Mangsa dipaksa bapa tirinya melakukan hubungan seks ketika isteri dan kakak mangsa tiada di rumah.

“Mangsa juga diugut akan dicederakan jika menceritakan perkara itu kepada orang lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zahari berkata, berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa, polis menjalankan gerakan memburu dan suspek berjaya ditahan di rumahnya.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

Zahari berkata, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan

Thursday, August 11, 2011

(curang) Tak yakin kekasih masih dara



 
SAYA ada teman wanita yang jauh lebih muda daripada saya. Usia perkenalan kami melangkaui dua tahun dan kami sering bergaduh kerana masalah kecil. Masalahnya, ketika satu pertengkaran besar, dia membuat pengakuan yang mengejutkan saya.
Dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama lelaki berstatus suami orang di hotel. Namun sebaik kami berdamai, dia menyatakan dirinya masih dara dan hanya mereka cerita melakukan hubungan dengan suami orang untuk menyakitkan hati saya.

Sekarang saya serba salah sama ada mahu percaya dia benar-benar tidak menjalin hubungan dengan lelaki terbabit atau sebaliknya. Saya benar-benar keliru.
RAHMAT
Mersing, Johor
Terlebih dulu, adik perlu pastikan yang mana menjadi keutamaan dalam hubungan adik. Adakah adik mahu meneruskan hubungan jika dia jujur atau tidak mahu meneruskan jika pengakuannya benar? Jika adik mahu pengakuan jelas dan berasa hal itu penting terhadap hubungan cinta, lebih baik berterus terang dengannya.

Jangan pendamkan kerana ia akan menimbulkan perasaan ragu terhadap pasangan adik. Kelak Dang Setia bimbang keraguan adik menjadi nanah dalam hubungan itu.

Nyatakan kepada teman wanita bahawa adik mahu pengakuan jujur supaya hubungan adik bukan berlandaskan pembohongan.

Kejujuran dan percaya satu sama lain antara nilai penting menentukan hubungan itu berjaya atau tidak. Diharap ini boleh membantu adik menentukan sama ada dia sesuai atau tidak buat diri adik.


Nasihat teman wanita supaya jangan bergurau mengenai hal serius kerana itu merosakkan hubungan adik dan dirinya.

Ibarat pepatah Melayu ‘sebab mulut badan binasa’ memberi maksud kerana kelancangan mulut membawa kepada kebinasaan diri sendiri.Semarak hubungan dengan komunikasi lebih sihat berbanding pertengkaran untuk selesaikan isu dalam percintaan

(curang) Tertekan suami kaki perempuan


SAYA ibu kepada empat anak. Saya sudah mendirikan rumah tangga hampir lapan tahun. Masalah yang saya hadapi sekarang ini berkaitan dengan sikap suami yang kaki perempuan.
Sejak awal perkahwinan kami lagi dia sudah ada hubungan dengan wanita lain. Apabila dapat tahu saya bagi dia peluang, tetapi dalam diam-diam dia masih ada wanita lain.
Saya masih beri dia peluang apabila dia berjanji tidak akan melakukannya lagi. Setiap wanita yang dikenali pasti akan memberitahu saya mereka pernah ditiduri suami saya.

Sejak akhir-akhir ini, masalah datang bertimpa-timpa bukan seorang wanita tapi kebanyakannya dia kenal melalui Internet. Semuanya menyatakan pernah ditiduri suami saya dan pernah disuruh suami saya minum arak.

Terbaru saya dapat tahu dia pernah berkahwin tapi katanya dia sudah menceraikannya. Apa yang saya kesalkan dan sedih sekarang ini ialah dengan sikap dia yang suka berfoya-foya
Saya juga menggalas tanggungjawab menjaga anak. Saya amat tertekan dengan sikapnya dan jika hendak ikutkan hati ingin saja berpisah, tetapi saya tidak tahu apa caranya.

NORA,
Kelantan



SEORANG suami sepatutnya menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab kepada anak dan isteri. Sebagai lelaki Muslim pula, beliau perlu menjaga kehormatan diri dengan tidak melakukan perzinaan yang dilarang Allah.

Ini jelas apabila Allah menyifatkan orang Mukmin yang berjaya, antaranya: “Dan mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hambanya, sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain yang demikian, merekalah orang yang melampaui batas.” (Surah al-Mu’minun ayat 5 hingga 7).

Dengan itu, puan mempunyai alasan kukuh untuk berpisah dengan suami yang suka berfoya-foya dan terbabit dengan zina sehingga mengabaikan rumah tangga.

Bagaimanapun, ia perlu diperiksa secara betul dan bukan atas dasar cemburu atau fitnah semata-mata. Cara terbaik ialah dengan memberitahu keluarga sendiri terlebih dahulu dan mendapat nasihat mereka.

Mereka mungkin dapat menyelesaikan kemelut rumah tangga itu. Puan boleh juga menghubungi peguam syariah yang akan memberi nasihat dan tunjuk ajar prosedur perlu diikut dalam mendapat perceraian sama ada secara fasakh atau sebagainya. Bagaimanapun, ia membabitkan kos dan masa

(curang) Terlanjur dengan bekas kekasih

 

SAYA berumur 27 tahun dan baru rujuk dengan suami, baru-baru ini. Kami tidak mempunyai anak dan bercerai sebulan lalu kerana sikap suami yang kasar dan panas baran.
Pada masa sama, suami tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi akan mengungkit apabila saya melakukan kesilapan walaupun kecil.
Disebabkan hal itu, kami sentiasa bergaduh dan hubungan kami mulai renggang dan akhirnya dia menghalau saya keluar dari rumah dan melafazkan cerai.

Sebelum berpisah, suami bekerja tidak tentu masa dan saya selalu ditinggalkan sendirian di rumah. Dia juga suka memaki hamun apabila saya lambat melakukan kerja rumah.

Bukan saya sengaja, tetapi saya juga bekerja. Dia terlalu inginkan kesempurnaan sehingga menuduh perkara yang tidak pernah saya lakukan
Saya sakit hati dan setiap malam melayari laman web sosial sehingga berjumpa semula bekas kekasih.

Apabila setiap hari berhubung, saya bahagia sehingga terlanjur dengannya, tetapi hanya sekali sahaja. Saya rasa berdosa dan mengambil keputusan berpisah dengannya secara baik.

Dia juga akur dan hormat keputusan saya. Sejak itu kami tidak lagi berhubung dan melakukan hal masing-masing. Kemudian, saya berjumpa semula dengan kawan baik lelaki yang lama terpisah.

Kami mulai rapat. Mulanya, seperti biasa, tetapi dengan keprihatinannya, saya mulai sayang dia lebih daripada seorang kawan sehinggalah kami terlanjur.

Hubungan kami tidak lama kerana mungkin tiada jodoh. Selepas berpisah dan saya rasa diri ini amat kotor.

Saya menyesal dan insaf manakala suami pula tidak jemu memujuk bersamanya semula.

Selepas rujuk, suami saya bertanya kepada saya, ada tidak mana-mana lelaki yang sentuh saya sebelum ini?

Saya jawab tiada. Saya tidak berniat untuk menipu cuma saya tidak mahu lagi bergaduh. Saya bertekad menjadi isteri yang baik.

Saya selalu memohon maaf dengan suami zahir dan batin.

Suami memaafkan dan menerima saya sebagai orang yang baru. Persoalannya sekarang, saya masih rasa serba salah pada suami kerana sebelum bercerai dulu saya pernah terlanjur dengan lelaki lain.

Adakah apa yang saya buat ini betul dengan mendiamkan diri? Saya sentiasa berdoa semoga suami dan keturunan saya dijauhi melakukan dosa sama.

Apa pendapat Dr?.


INSAN JAHIL,
Kuala Lumpur




TUJUAN Islam ialah untuk menjaga maruah manusia supaya tidak tercemar dengan dosa zina. Begitu Islam menghendaki setiap manusia supaya tidak menurut nafsu semata-mata.

Hawa nafsu hendaklah dikawal agar tidak menjatuhkan maruah dan kehormatan diri. Islam menetapkan hukuman keras di dunia, iaitu 100 kali sebatan bagi penzina belum berkahwin (ghayr muhsan) dan hukum rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin (muhsan).

Memandangkan hukuman di dunia tidak terlaksana lagi, hukuman di akhirat tetap menunggu kepada penzina sama ada yang muhsan atau bukan muhsan.

Tiada jalan lain selain bertaubat kepada Allah agar mengampunkan dosa yang dilakukan. Suami pula tidak upaya mengampunkan dosa dengan Allah itu.

Selain itu, anda hendaklah melakukan segala suruhan Allah terutama solat lima waktu kerana ia berupaya menyekat kemaksiatan dan perkara mungkar.

Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang Muslimah yang baik lagi solehah. Mudah-mudah keluarga dan anak terhindar daripada terlanjur melakukan perkara maksiat dan dosa besar

Lelaki perlu jaga nafsu


ISTERI kepada kawan saya gemar memakai tudung pendek dan baju yang mengikut bentuk badan. Saya sangat bernafsu apabila melihatnya, tambahan pula dia cantik, ayu dan lemah lembut. Saya pernah memberitahu kawan saya supaya menasihati isterinya memakai tudung labuh serta longgar. Isterinya menjawab ia fesyen zaman kini dan mengatakan ada golongan cerdik pandai turut berpakaian begitu. Kawan saya juga buntu bagaimana untuk menasihatkan isterinya. Mohon nasihat Datuk.
ABDUL GHAFFAR
Senawang

Apabila mahu menyelesaikan masalah, elok diteliti terlebih dulu puncanya. Dalam hal ini, yang bermasalah ialah saudara. Islam bukan saja menetapkan wanita perlu menutup aurat, tetapi ayat sebelum arahan menutup aurat wanita mengarahkan supaya lelaki juga menundukkan pandangan daripada melihat aurat wanita dan menjaga nafsu mereka.

Rujuklah ayat 30 Surah An-Nur, di mana cara ini lebih baik dan bersih bagi menjaga keharmonian umat dan jangan mengkhianati kawan dengan melihat aurat isterinya.

Sepatutnya saudara lebih memelihara diri dan mengawal nafsu daripada menjadikan hal orang lain sebagai masalah saudara.

Biar kawan saudara menjaga hal ehwal isterinya kerana itu tanggungjawabnya. Saudara pula bertanggung jawab menjaga pandangan mata dan nafsu.

Duda Khalwat , Bapa Subahat !!!!!

Bapa subahat
JITRA: Tindakan duda membawa teman wanitanya pulang ke rumah hampir setiap malam akhirnya membawa padah apabila dia dan pasangannya dicekup berkhalwat di rumah di Kampung Darat, Changlun, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 28 tahun yang mempunyai dua anak itu dikatakan menjadikan rumah bapanya sebagai tempat memuaskan nafsu bersama pasangannya berusia 18 tahun berasal dari Kampung Alor Janggus, Napoh, di sini.

Ketika kejadian, bapanya berusia 70 tahun yang tidur dalam bilik berasingan di rumah itu terkejut apabila pintu rumah mereka diketuk sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kubang Pasu (PADKP) jam 1.15 pagi.
Difahamkan, kegiatan maksiat lelaki itu pernah ditegur penduduk kampung kerana tidak mahu bersubahat tetapi disebabkan takut dengan ugutan si anak, si bapa mendiamkan diri dan membenarkan anaknya bergelumang dengan dosa terutama pada Ramadan ini.

Mereka memberi alasan terpaksa tinggal bersama di rumah itu kerana hubungan cinta tidak direstui keluarga perempuan walaupun mereka berhasrat berkahwin.

Sumber berkata, berdasarkan aduan, pihaknya memeriksa rumah terbabit dan ternampak kelibat lelaki itu cuba melarikan diri melalui pintu belakang, tetapi gagal apabila dikepung anggota penguat kuasa.
Katanya, lelaki yang berkemeja-T dan memakai boxer itu gagal meloloskan diri apabila dia terperangkap lalu terpaksa menyerah diri.

“Hasil pemeriksaan menemui wanita memakai kain pelikat dan berkemeja-T keluar dari bilik dipercayai bilik pasangannya itu
Selepas disoal siasat, pasangan itu gagal menunjukkan sebarang bukti mempunyai ikatan suami isteri,” katanya.

Selain pasangan itu, bapa lelaki terbabit turut ditahan untuk diambil keterangan kerana bersubahat dan membenarkan anaknya melakukan maksiat.

Katanya, mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untukt laporan tangkapan

Misteri diculik rakan facebook terjawab.........

Ikut lelaki 400km
KAMPAR: Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan ‘bingung’ di satu lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari rumahnya, kelmarin.
Seri Najwa Ferda Hasan yang didakwa diculik seorang lelaki menaiki skuter merah ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 4 Ogos lalu, ditemui bersama seorang lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 9 malam kelmarin di Air Hitam, Batu Pahat, Johor.

Lebih pelik, mangsa difahamkan ditemui ketika sedang membeli makanan ringan bersama dengan ‘penculiknya’ di kawasan pekan berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, untuk dipertemukan kembali dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan anaknya itu ditemui semula dalam keadaan selamat.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan media dalam usaha mencari anak saya sehingga berjaya ditemui. Saya anggap kejadian ini satu dugaan daripada Tuhan pada bulan Ramadan.
“Saya reda menghadapinya kerana dugaan ini tidak akan diberikan kepada insan yang lemah. Ia mengajar kami sekeluarga supaya lebih tabah dan mempunyai hikmah di sebaliknya,” katanya.
Difahamkan Najwa dipujuk lelaki berkenaan untuk melarikan diri dari rumah sebelum dibawa ke Johor atas sebab-sebab tertentu.

Ditanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap teman lelaki anaknya, Seri Wangi menyerahkan siasatan dan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

“Saya enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan minta diberikan masa kepada kami untuk berbincang. “Perkara paling penting Najwa ditemui selamat. Insya-Allah kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan berharap ia adalah dugaan pertama dan terakhirnya seumpamanya dihadapi keluarga kami,” kata Seri Wangi yang juga ibu tunggal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan mendapati kes kehilangan mangsa bukan disebabkan diculik.

“Mangsa ditemui di Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam semalam (kelmarin) dalam keadaan selamat dan siasatan mendapati, mangsa bukan diculik tapi mengikut rakan lelakinya. Seorang suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya