Thursday, August 11, 2011

Lelaki perlu jaga nafsu


ISTERI kepada kawan saya gemar memakai tudung pendek dan baju yang mengikut bentuk badan. Saya sangat bernafsu apabila melihatnya, tambahan pula dia cantik, ayu dan lemah lembut. Saya pernah memberitahu kawan saya supaya menasihati isterinya memakai tudung labuh serta longgar. Isterinya menjawab ia fesyen zaman kini dan mengatakan ada golongan cerdik pandai turut berpakaian begitu. Kawan saya juga buntu bagaimana untuk menasihatkan isterinya. Mohon nasihat Datuk.
ABDUL GHAFFAR
Senawang

Apabila mahu menyelesaikan masalah, elok diteliti terlebih dulu puncanya. Dalam hal ini, yang bermasalah ialah saudara. Islam bukan saja menetapkan wanita perlu menutup aurat, tetapi ayat sebelum arahan menutup aurat wanita mengarahkan supaya lelaki juga menundukkan pandangan daripada melihat aurat wanita dan menjaga nafsu mereka.

Rujuklah ayat 30 Surah An-Nur, di mana cara ini lebih baik dan bersih bagi menjaga keharmonian umat dan jangan mengkhianati kawan dengan melihat aurat isterinya.

Sepatutnya saudara lebih memelihara diri dan mengawal nafsu daripada menjadikan hal orang lain sebagai masalah saudara.

Biar kawan saudara menjaga hal ehwal isterinya kerana itu tanggungjawabnya. Saudara pula bertanggung jawab menjaga pandangan mata dan nafsu.

No comments:

Post a Comment