Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat dan warga SIM,
solan pertama yang harus ditanyakan kepada pengirim email yang bertanya solan ini ialah, "kenapa dan atas alasan apa isteri tersebut meninggalkan suaminya?"
Tentu ada alasan kenapa dan mengapa isteri ini meninggalkan suaminya dan sebab atau alasan ini yang akan menjadi penentu hukum perbuatan tersebut samada HARUS (permissible) ataupun HARAM (forbidden).
Saya baru saja mendapat satu kes isteri meninggalkan suaminya dan alasan yang diberikan ialah suami tersebut terlalu mementingkan ibubapa suami. Menurut suami yang mengadu kepada saya, isterinya yang telah dinikahi selama 3 tahun mengajak dia berpindah ke rumah lain kerana tidak mahu tinggal bersama dengan ibubapa dan adik perempuan suaminya. Ibubapa suami dan adik ipar tinggal di tingkat bawah, manakala si suami dan isteri serta seorang anak angkat pula tinggal di tingkat atas.
Suami ini memberitahu saya, dia amat sayangkan isterinya, tetapi tidak sampai hati hendak meninggalkan kedua ibubapa yang sudah uzur. Ibunya pula baru saja diserang penyakit angin ahmar yang menyebabkannya lumpuh sebelah badan. Kata lelaki ini, "Adik perempuan saya memang sanggup menjaga ibubapa saya Dr, tapi saya sebagai anak lelaki merasakan ini tanggungjawab saya. Berapa lama lah ibubapa saya nak hidup lagi Dr. mereka dah tua, inilah masanya untuk saya membalas jasa mereka."
Isterinya memberikan kata dua kepada si suami, "pilih saya atau emak ayah awak.Selagi awak tidak mahu berpindah rumah, saya akan keluar daripada ni dan cuma akan bawa anak bersama saya."
Terkejut saya mendengar seorang isteri yang tergamak memberikan kata dua kepada seorang suami yang hanya ingin berbakti kepada ibubapa yang telah uzur. Dan menurut lelaki ini, selepas itu isterinya terus keluar dari rumah sehingga sekarang. Kini sudah dua bulan mereka tinggal berasingan, si isteri tinggal dengan seorang rakannya yang masih bujang dan suaminya terus bersama ibubapa dan menjaga anak angkat mereka berusia 2 tahun. Lebih mengharukan hati saya, kata suami ini, "Saya rasa isteri saya bukan keluar sebab ibubapa saya Dr, tapi mungkin sebab dia dah ada orang lain. Dia cantik Dr, ada potongan sedangkan saya pulak berbadan besar. dua bulan dia ke Singapura, katanya atas urusan kerja, tetapi bila saya tanya dengan siapa dia pergi dan di mana dia tinggal, dia terus naik angin dan marah-marah."
Bagi saya, seorang perempuan yang keluar daripada rumah atas alasan suaminya terlalu mementingkan ibubapa adalah haram dan berdosa besar. Isteri ini sudah dikira sebagai NUSYUZ. Tidak terfikirkah kita bahawa satu hari nanti kita juga akan tua, dan kita juga akan mengharapkan anak-anak untuk menjaga kita? Dan sedar atau tidak, tugas seorang anak lelaki itu tidak terhenti apabila dia bernikah.Selagi ibubapanya masih bernafas, dia wajib menjaga kedua ibubapanya.
Saya betul2 hairan kenapa hari ini terlalu ramai wanita yang berfikir bahawa suami itu hak milik mereka? Hingga ada yang sanggup melarang suami berbakti kepada ibubapanya. Bukan setakat melarang memberikan duit ringgit kepada ibubapa suami, tetapi ke tahap melarang suami menjaga ibubapanya yang uzur. dan paling teruk sanggup meninggalkan suami kerana tidak bersetuju dengan tindakan suami tinggal serumah dengan ibubapa yang uzur. MasyaAllah...apa yg dah jadi dengan wanita Islam hari ini?
Kata suami ini lagi, "isteri saya cakap, kalau mahkamah menyuruh dia balik ke pangkuan suami pun dia tetap tidak akan kembali. Dia hanya akan bersama dengan suami jika suami itu pindah dari rumah ibubapanya." Wahai wanita, anda mungkin boleh berbangga dengan sikap kers kepala anda itu, anda rasa hebat dapat memberikan kata dua kepada suami tetapi sedarlah anda sedang melakukan satu dosa besar sebenarnya.
Adakah pernikahan ini hanya untuk mengecapi kesenangan bersama suami isteri sahaja? apakah kita tidak perlu bersama suami atau isteri di waktu dia susah dan memerlukan kita? Si suami bukannya meminta isteri tolong jagakan ibubapanya, cuma minta tinggal bersama dengan ibubapa yg sedang uzur.
Wahai ibubapa, tolonglah didik anak-anak perempuan kita dengan baik. Ajarlah mereka menghormati suami selagi suami tidak melakukan maksiat atau tidak menyuruh isteri membuat maksiat. Ajarlah anak-anak perempuan kita menyayangi ibubapa suami seperti menyayangi ibubapa sendiri. Didiklah anak-anak perempuan supaya mereka faham bahawa tugas seorang suami bukan hanya untuk isteri dan anak-anaknya, tetapi juga untuk ibubapanya selagi mereka masih bernafas.
Berbalik kepada soalan yang diajukan tentang hukum seorang isteri meninggalkan suaminya, lihatlah kepada sebab kenapa isteri tersebut meninggalkan suami. Kalau kerana terpaksa bekerja jauh dan mendapat izin suami, itu tidak menjadi masalah sebenarnya.
Dan kepada para suami, nasihat saya kalau anda ditinggalkan oleh seorang isteri tanpa sebab yang munasabah, nasihatilah dia. Jika tidak makan nasihat, minta orang lain menasihati isteri anda. Tapi jika tetap keras kepala, selesaikan saja di mahkamah. Lepaskannya dengan cara baik, tapi untuk isteri yang nusyuz ini tidak ada sebarang tuntutan yang boleh dibuat. Si suami tidak perlu bayar apa-apa nafkah pun kepada si isteri. Jangan digantung tidak bertali, kerana saya bimbang kalau-kalau 'menggantung isteri tidak bertali' ini akan membuat isteri tadi melakukan dosa yang lebih besar.
Pesan seorang ustaz saya, hidup berumah tangga hanya ada dua pilihan, "hiduplah bersama dengan baik, atau lepaskan dengan baik."
Wassalam
Dr fauziah

No comments:
Post a Comment