KUALA LUMPUR: Gara-gara melarikan diri daripada suami dan tinggal bersama teman lelaki, seorang wanita mengandung lima bulan berasal dari Buntong, Perak mengalami nasib malang selepas dikurung dua minggu sejak awal bulan ini selain dibelasah teman lelakinya.
Difahamkan, mangsa berusia 30 tahun berkenaan tinggal bersama teman lelakinya di Taman Gembira, di sini, selama dua hari selepas melarikan diri dari rumah suaminya di Perak. Akibat dibelasah, mangsa cedera di kepala, perut, tangan dan kemaluan.
Teman lelakinya turut mengurung dan memaksa dia menceraikan suami dengan mengugut akan membunuhnya jika berdegil.
Sumber berkata, mangsa menuruti kemahuan teman lelaki itu tinggal bersama, tetapi mencari alasan keluar rumah selepas teman lelakinya memukulnya meskipun hamil ima bulan.
“Penderitaan mangsa berterusan apabila dipaksa melayani nafsu seks teman lelaki hingga alat sulit mangsa cedera dan jika menolak akan dipukul,” katanya.
Katanya, teman lelaki mangsa juga merampas semua barangan peribadi mangsa termasuk telefon bimbit, kad pengenalan, komputer riba dan kamera digitalnya selain mengugut untuk membunuh mangsa dan keluarganya jika tidak berkahwin dengannya.
No comments:
Post a Comment